Cyber Security Challenges and Current Capabilities of the Sabah State Government

Tarikh: 2022-06-23

23/6/2022 Ts. Ebenezer Godomon, Ketua Penolong Pengarah (Keselamatan Siber), Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri, telah menyampaikan taklimat bertajuk "Cyber Security Challenges and Current Capabilities of the Sabah State Government" pada 22 Jun 2022 di Persidangan Cyber Intelligence Asia 2022 yang diadakan di Jakarta, Indonesia. Persidangan tahunan ini mengumpulkan para pakar keselamatan siber di rantau Asia untuk membincangkan strategi, dasar, peta jalan (road map) dan jenayah siber terkini yang dihadapi di peringkat kebangsaan masing-masing dan juga yang merentas rantau.